Thursday 22 October 2009

TESTIMONIAL JUS MATE 5

PENGALAMAN MEREKA:

1.
MAZLIWATI (Bai)

Dulu: 208kg



Kini: 95kg


Bai mengamalkan Jus diet mate 5 selama 5 bulan dan berjaya menurunkan berat sebanyak 100kg!! Beliau masih menggunakan jus diet mate 5 sehingga berpuas hati dengan berat badannya.

PETIKAN MINGGUAN WANITA

Mazliwati Md Shah (31 tahun)

Dahulu ukur lilit pinggangnya 75 inci, sekarang sudah slim banyak, sudah tinggal 46 inci sahaja. Begitu juga dengan beratnya dari 208kg sekarang tinggal 108kg dan Bai dalam proses hendak menguruskan badannya lagi.

Waktu gemuk dahulu, bukan saja Bai susah nak jalan, dunianya hanya di atas sofa saja. Makan dan minumnya juga di situ. Nak basuh punggung sendiripun, maknya Nor Chik Talib, 58 yang lakukan. “Macam basuh punggung anak gajah…” kata Cik Nor lagi. Tapi disebabkan anak, Cik Nor lakukan dengan sesungguh hatinya. Hari ini, Cik Nor cukup bersyukur kerana semua penderitaan yang anaknya tanggung sudah berakhir.

Dahulu masa kecil, Bai cukup comel. Kulitnya putih melepak. Bila meningkat dewasa badannya masih “maintain”. Mungkin sudah tersurat, Bai akhirnya menghadapi Abdominal Cellulitis atau selulit pada perut dan Habbit Obesity atau kegemukan habit sejak 2004. Peliknya kata Bai berat badannya akan bertambah naik kalau dia tak makan. Hendak kata, dia makan terlalu banyak sangat mustahil tetapi dah suratan begini, Bai terpaksa terima. Dek kerana perutnya terlalu besar, timbul urat-urat sebesar jari kelingking di atas perutnya. Siapa yang tengok, pasti sedih. Jelas Bai lagi, kulit kakinya menjadi kehitaman dan kelihatan hodoh, seakan-akan kaki gajah. Tetapi sekarang, bila Bai dah cantik, struktur kulitnya juga dah berubah, lebih mulus.

Jelas Bai, ketika mula-mula mendapat rawatan di salah sebuah hospital di Sg Buloh, dari 208kg beratnya turun kepada 178kg sahaja. Bai menjalani pembedahan di HUKM iaitu laparoscopic gastric bypass bagi mengikat perutnya (usus makannya dipendekkan), berat Bai turun 158kg, turun sebanyak 20kg sahaja. Kata Bai, dia tidak pernah sedut lemak malah belum pun melakukannya lagi.

Apa rahsia Bai Kurus?

Hah! Inilah pengakhiran cerita paling menarik. Semua orang tentu nak tahu bagaimana Bai dahulunya terlalu gemuk, boleh turun sebanyak 100kg. Sebelum itu, bagi sesiapa yang nak cuba cara seperti Bai mesti tahan cubaan. Cubaan dari tidak mengadap makanan. Di HUKM, rutim makan Bai seperti berikut : Pagi, roti campur salad. Tengahari pula, sup sayur rebus (kosong sekosongnya termasuk tidak ada garam langsung) dan petang pula mihun sup campur sayur kosong sesenduk. Hah, jangan ingat semangkuk mihun sebaliknya dua sudu makan saja. Kalau ada yang sanggup, bolehlah ikut cara Bai di hospital.

Selama 72 hari di HUKM, berat Bai hanya turun 20kg saja. Selebihnya Bai mengamalkan JUS DIET MATE 5.


2. MOHD ZULKIFLI TAIB

Dulu:
Kini:


"Asalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera.
Saya berasal dari Kuala Terengganu dah berumur 37 tahun.Sejak dari kecil lagi berat badan saya lebih gemuk berbanding kawan-kawan saya yang lain dan berat badan saya semakin bertambah selepas kahwin sehingga mencecah 106 kg.
Bermacam ubat atau teh diet saya cuba amalkan tetapi berat badan saya tidak juga turun. Pada tahun 2007 saya nekad untuk diet iaitu tidak makan nasi selama 4 bulan. Saya cuma mengambil minuman bijirin sewaktu pagi, tengahari dan malam. Hasilnya berat badan saya hanya berkurangan sebanyak 7 ke 8 kg sahaja. Diet saya ini berterusan sehingga Hari Raya Aidil Fitri tahun 2007. Selepas itu saya mula makan semula dan hasilnya berat badan saya bertambah kembali sehingga 103kg. Manakala pinggang seluar saya bersaiz 44 inci.
Saya berasa amat risau dengan berat badan yang semakin bertambah kerana bimbang jika mendapat penyakit kencing manis atau darah tinggi.
Alhamdullilah saya terbaca berita tentang Jus Diet Mate 5 melalui akhbar-akhbar dan juga halaman web. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menggunakanya. Oleh kerana sudah biasa dengan diet jadi saya tidak mengalami masalah untuk mengamalkan minum jus ini. Semasa mengamalkannya minum jus ini memang saya sentiasa bertenaga dan tidak merasa lapar. Selera makan juga menjadi kurang. Saya juga ada buat senaman atau pergi gym 3 ke 4 kali seminggu. Cuba nak bina otot, tak nak bagi mengeleber.
Saya mula meminum Jus Diet Mate 5 ini pada awal bulan Disember 2008 dan alhamdullilah setelah 3 bulan ( 26 Feb 2009 ) mengamalkanya berat badan saya turun dari 103kg kepada 83kg. Iaitu sebanyak 20kg. Saya sangat berpuas hati dengan perubahan ini walaupun cemburu dengan kawan-kawan yang lain yang mampu turun berat badan mereka sehingga 20 kg lebih hanya dalam masa 10 minggu sahaja. Tapi tetap puas hati kerana turun 20 kg berbanding diet yang dulu selama 4 bulan hanya turun 8 kg.
Insyallah saya akan terus mengamalkan minum Jus Diet Mate 5 ini sehinggalah sasaran berat badan saya mencapai 70 kg. Saya rasa berat badan tersebut adalah baik bagi saya memandangkan saya mempunyai kerangka badan yang besar.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Rozmey atas formula jus diet yang hebat ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Zuriati Mohamed kerana melaluinya saya dapat mencapai impian saya untuk kembali mendapat bentuk badan yang lebih ideal.
Terima kasih sekali lagi buat warga Dr. Rozmey dan warga Herba Prima Marketing serta semua ahli-ahli dan pengedar HPM. Semoga impian kita menjadi insan yang sihat dan anggun tercapai.
Wassalam."



HOME


No comments:

Post a Comment